Posts

Showing posts from July, 2023

Raih 6 kali Anugerah Dekan, Nursuhaila tidak lokek kongsi rahsia kejayaan

Image
  Nursuhaila diumum penerima Anugerah Kecemerlangan PTPTN baru-baru ini. Aktif dalam aktiviti kokurikulum dan kesibukan mengulang kaji pelajaran tidak pernah menjadi penghalang buat Nursuhaila Tasman, 25, untuk merangkul Anugerah Kecemerlangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada Majlis Konvokesyen ke-35 Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini. Baginya, jika bijak membahagikan masa, seseorang itu mampu mengenggam pelbagai anugerah dan pencapaian di universiti mereka sendiri. Ketika dihubungi  Sinar Bestari , Nursuhaila yang merupakan anak kelahiran Kajang, Selangor memberitahu, Anugerah Kecemerlangan PTPTN yang diperoleh itu bagaikan satu kejutan buat dirinya. Ini kerana beberapa kriteria perlu dipenuhi sebelum diangkat sebagai penerima anugerah. “Saya difahamkan empat kriteria telah dinilai iaitu penerima perlu mencapai purata gred kumulatif (CGPA) 3.5 ke atas; memiliki sahsiah baik; aktif kokurikulum serta mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. “Alh

Kecil-kecil cili padi, 'terapung' 8 bulan di lautan perkara biasa

Image
  KECIL-KECIL CILI PADI. Siapa sangka, wanita bertubuh kecil yang baharu berusia 34 tahun, Fatin Amirah Ghazali sudah menjadi kapten mengemudi kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) menghantar pelbagai barangan dan aset bernilai jutaan ribu ringgit ke merata dunia. Dia juga memantau kira-kira 30 anak kapal yang berada di bawahnya, selain berdepan pelbagai risiko seperti cuaca tidak menentu, berbulan-bulan 'terapung ' di atas kapal belayar di samudera nan luas. Anak sulung empat beradik itu bermula sebagai kadet dek pada 2007, di MISC Bhd, mengakui minat dengan dunia perkapalan sejak di zaman persekolahan, jadi tidak ada yang mustahil mampu bertahan dalam kerjaya ini.                          Tiada masalah kemudi kapal LNG sepanjang lebih 150 meter di samudera luas terbentang. Kemudikan kapal panjang lebih 150 meter Dia yang dinaikkan pangkat sebagai kapten sejak Januari lalu, bertanggungjawab mengemudi Kapal LNG, saiz lebih 150 meter panjang ini, tidak gentar kerana sejak remaj

Pokok kantan ubah nasib

Image
  ABD Aziz dan Ramlah mampu memperoleh kira-kira RM600 sebulan melalui penjualan tanaman anak pokok kantan yang diusahakan mereka. Taiping: Akibat penyakit gout dihidapi pergerakan Abd Aziz Alias tidak secergas dahulu, malah terpaksa berhenti kerja kerana keterbatasan tenaga dan pergerakan sejak penyakit itu semakin teruk pada 2019 lalu. Situasi itu membuatkan bapa tiga anak itu hilang mata pencarian bagi menyara keluarganya yang menetap di sebuah rumah sederhana di Changkat Jering, di sini. Namun takdir mengatasi segalanya, berkat kesungguhan Abd Aziz, 59, dan isterinya, Ramlah Said, 53, untuk mengubah hidup mereka kini menjana pendapatan bulanan selepas berkecimpung dalam bidang pembenihan pokok kantan. Berkongsi kisah pembabitan awal dalam bidang berkenaan, Abd Aziz menjelaskan ia bermula secara kebetulan selepas diperkenalkan oleh rakan dari badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai pengalaman dalam penanaman pokok kantan dan menawarkan pekerjaan pertanian kontrak kepadanya. "