Pokok kantan ubah nasib

 

ABD Aziz dan Ramlah mampu memperoleh kira-kira RM600 sebulan melalui penjualan tanaman anak pokok kantan yang diusahakan mereka.

Taiping: Akibat penyakit gout dihidapi pergerakan Abd Aziz Alias tidak secergas dahulu, malah terpaksa berhenti kerja kerana keterbatasan tenaga dan pergerakan sejak penyakit itu semakin teruk pada 2019 lalu.

Situasi itu membuatkan bapa tiga anak itu hilang mata pencarian bagi menyara keluarganya yang menetap di sebuah rumah sederhana di Changkat Jering, di sini.

Namun takdir mengatasi segalanya, berkat kesungguhan Abd Aziz, 59, dan isterinya, Ramlah Said, 53, untuk mengubah hidup mereka kini menjana pendapatan bulanan selepas berkecimpung dalam bidang pembenihan pokok kantan.

Berkongsi kisah pembabitan awal dalam bidang berkenaan, Abd Aziz menjelaskan ia bermula secara kebetulan selepas diperkenalkan oleh rakan dari badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai pengalaman dalam penanaman pokok kantan dan menawarkan pekerjaan pertanian kontrak kepadanya.

"Bermula November 2021, saya dan isteri mengambil upah melakukan pembenihan dan penjagaan anak pokok kantan dengan memanfaatkan halaman rumah kami sebagai kebun kecil.

pertanian amat teliti dan mahir bagi menguruskan gangguan serangga.

Katanya, dia mendapatkan bantuan Geran Usahawan Asnaf Berjaya berjumlah RM3,000 daripada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) melalui inisiatif Perak Sejahtera 2030 bagi memperkembangkan lagi perusahaannya.

"Saya menggunakan geran itu untuk membeli kemudahan pertanian seperti rak bagi memperluaskan ruang tanaman, beberapa tiang simen dan jaring hitam pertanian yang boleh mengurangkan sinaran matahari yang terlalu terik yang mengancam tanaman anak pokok kantan.

"Alhamdulillah, projek ini sudah berkembang, asalnya kami cuma boleh jual 2,000 anak pokok, kini saya dan isteri boleh tampung penghasilan bagi kira-kira 5,000 anak pokok kantan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Akram, Abd Halim Abd Majid berkata, matlamat asal pertubuhan berkenaan adalah bagi membantu golongan asnaf yang memerlukan dengan menawarkan peluang pekerjaan secara kontrak.

Berkongsi mengenai situasi pasaran produk kantan Abd Halim berkata, permintaan terhadap bahan mentah berasaskan pokok kantan ketika ini memang wujud dan mempunyai potensi yang luas.

"Bunga kantan yang sering masyarakat kita kenali sebagai bahan masakan laksa ini juga sebenarnya mempunyai permintaan tinggi terutama di Kelantan dan Terengganu bagi penghasilan kerabu. Manakala bagi Johor dan Melaka kerap digunakan bagi masakan asam pedas.

"Bukan itu sahaja, hasil inovasi kini industri sedang giat mengekstrak nutrisi dari kantan untuk dijadikan serum kecantikan dan ada juga yang menghasilkan empeng kantan untuk produk makanan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Musim panas rezeki berganda buat kaki pancing

‘Anak mak’ jatuh air mata saat jejak Universiti Oxford, dulu mohon tak dapat - “Saya dahulukan kebajikan mak ayah”

Tak ramai wanita Melayu, jadi pengajar selam skuba