Posts

Showing posts from March, 2023

‘Anak mak’ jatuh air mata saat jejak Universiti Oxford, dulu mohon tak dapat - “Saya dahulukan kebajikan mak ayah”

Image
  Khairi dijemput membentangkan kajiannya di Universiti Oxford, baru-baru ini.  Impian jadi realiti.  Begitulah kisahnya Khairi Azhar Aziz, penuntut Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Oxford, London baru-baru ini.  Bercerita kepada Mstar, Khairi berkata dia dijemput ke sana bagi membentangkan kertas kajiannya bersama penyelidik lain dari seluruh dunia. Khairi teruja menjejakkan kaki ke Universiti Oxford "Saya kini mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (Phd) Sistem Maklumat. Fakulti hantar kertas kajian saya ke Universiti Oxford, mungkin rezeki saya dipilih sebab topik saya agak menarik untuk dikongsi dengan penyelidik dan para peserta di sana.  "Saya dapat tahu tentang hal ini pada 16 Januari. Beberapa hari kemudian dapat surat dari Oxford. Pada masa itu, saya terus menangis seorang diri. Sebabnya saya sudah lama menyimpan impian untuk ke sana. Pernah memohon untuk masuk dulu tapi

Songket 'carpet' RM45,000 pertama di dunia

Image
  Songket berharga RM12,900 KUALA LUMPUR: Lagu Kain Songket yang dilantunkan primadona, Puan Sri Saloma seringkali berlegar dalam FYP ( for your page ) TikTok. ‘Kain songket pakaian anak Melayu, Tapi sayang tak boleh dipakai selalu, kerana jemu mata memandang, tak seperti batik basahan… ‘ Tahukah anda, songket sebenarnya adalah tenunan dan kehalusan hasil alam Melayu menggunakan benang emas dan perak? Seperti batik asli Malaysia, proses tenunan songket tempatan ini juga rumit, menggunakan mesin tradisional untuk menghasilkan corak yang jarang ditemukan, yang berkemahiran tinggi sahaja boleh melakukannya. Jadi, tidak hairanlah jika ada pelanggan daripada golongan kerabat dan bangsawan sanggup berhabis puluhan ribu ringgit dek keaslian dan corak tersendiri di atas kain songket. Golongan ini kebiasaannya lebih menghargai nilai yang ada pada kain songket bukan kerana benang emas semata-mata, namun cara penyimpanannya untuk kekal ‘terletak’ dan tidak mudah rosak juga bukan seperti lipatan k

Ramadan bermakna buat penoreh getah terlepas hukuman gantung

Image
  TEMERLOH - "Ramadan tahun ini sangat bermakna kerana akhirnya saya dapat bersama keluarga selepas lebih tiga tahun di penjara," kata seorang penoreh getah, Marzuki Yusof, 57, yang terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Temerloh pada Rabu melepaskan dan membebaskannya atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 271.2 gram pada 2019. Hakim Roslan Mat Nor turut membebaskan Marzuki daripada dua pertuduhan iaitu memiliki dadah jenis monoecetylmorphines dan heroin. Marzuki(dua dari kanan) yang dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi   Temerloh pada Rabu daripada pertuduhan mengedar dadah pada 2019. Anak ketiga daripada tujuh beradik itu meraup muka tanda kesyukuran di kamar mahkamah selepas Roslan mengumumkan keputusan itu. Ketika ditemui di luar mahkamah, Marzuki kelihatan gembira bersama ahli keluarganya yang hadir memberikan sokongan.                                 "Syukur kerana penantian selama ini membawa                                      

Gadis Kampus: Cinta Amira pada seni persilatan Melayu

Image
                                    AMIRA meminati seni persilatan Melayu sejak di bangku sekolah menengah. Dalam era digital ini, segalanya dilakukan di hujung jari dengan pantas tetapi sempurna. Generasi masa kini turut terdedah dengan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp, Twitter, Instagram, Skype, Zoom dan lain-lain. Di sebalik minat kepada aplikasi berkenaan, masih ada belia yang mencintai budaya bangsa yang diwarisi turun-temurun sejak beratus tahun lalu. Gadis Kampus kali ini adalah penuntut Ijazah Sains Komputer di Management & Science University (MSU), Amira Amri. Gadis berusia 23 tahun itu bukan sekadar meminati bidang sains bersifat futuristik, malah turut mencintai ilmu persilatan Melayu. Menurut siswa semester tujuh itu, minat untuk menceburkan diri dalam dunia silat berpunca daripada abangnya yang menyertai bidang tersebut lebih awal. “Secara jujurnya, saya memang berminat dengan seni budaya tradisi bangsa kita yang tinggi nilai estetikanya. “Saya meminati seni silat

Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 milik Mifzal Salihin

Image
  Mohamed Khaled (tiga dari kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh Siswa KPT 2022 kepada Mifzal Salihin (dua dari kanan). Foto MOHD. HUSNI MOHD. NOOR PUTRAJAYA – Anugerah Tokoh Siswa Kebangsaan 2022 menjadi milik Mifzal Salihin, 22, dari Universiti Malaya (UM). Pelajar tahun tiga jurusan kejuruteraan mekanikal itu membawa pulang wang tunai RM3,000, trofi, tawaran biasiswa dan sijil. Anugerah itu disampaikan sendiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2022, di sini malam ini. Mifzal ketika ditemui berkata, dia mengakui terpilih atas pembabitan aktifnya dalam platform pendidikan atas talian dikenali sebagai Afterkelas.com sejak tiga tahun lalu. “Ketika ini, platform itu sudah mempunyai 50 tutor terdiri daripada pelajar-pelajar universiti yang mampu menjana sehingga RM1,500 sebulan. “Afterkelas.com menghubungkan tutor dengan pelajar-pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Matematik dan Sai

Dari doktor haiwan jadi jutawan lilin

Image
  “SELAGI suami reda dan beri sokongan, saya akan teruskan juga.” Demikian ungkapan yang mendorong perubahan hidup 360 darjah wanita kelahiran Tapah, Perak itu sekitar tiga tahun lalu. Memperkenalkan diri sebagai Dr. Nurul Nadia Rashid, ibu kepada seorang cahaya mata itu pernah bergelar doktor haiwan sebelum semuanya berubah.   Setelah mengorbankan kerjaya profesional sebagai doktor haiwan, Dr. Nurul kini bergelar usahawan lilin berjaya yang menjadi inspirasi ramai. Menurut Nurul, dia tekad meninggalkan kerjaya profesional tersebut kerana yakin perniagaan kecil-kecilan lilin wanginya berjenama Candlenuts mampu pergi jauh dan diterima. Ujarnya, dia tidak pernah terfikir dek minat mendalam dengan menghasilkan lilin wangi sendiri sebagai hobi satu ketika dahulu mampu menjana pendapatan lumayan. “Kalau ikutkan minat buat lilin sendiri itu memang ada sejak 2016 lagi. Pada awalnya saya lakukan hanya untuk penuhi masa dan hobi semata-mata, tetapi ada satu hari itu, suami bertanya kenapa saya

Umar Hafiy teruja masuk sekolah biasa

Image
Umar Hafiy Amir Nor Hafizi, 7, (Kanan) yang berkerusi roda sentiasa bersemangat mengikuti aktiviti pada Hari Orientasi Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil, Nibong Tebal.             NIBONG TEBAL: Lahir dengan kecacatan kaki dan pinggul tidak menghalang Umar                 Hafiy   Harith Amir Nor Hafizi, 7, menghadiri sesi orientasi murid Tahun Satu bersama                 kanak-kanak  normal sebayanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil di sini, hari ini. Kanak-kanak berperwatakan ceria itu menghidap sacral agenesis iaitu gangguan kongenital yang jarang berlaku membabitkan anggaran satu hingga 2.5 peratus bagi 100,000 bayi dilahirkan dalam keadaan sedemikian. Umar Hafiy yang lazimnya menggunakan papan selaju untuk bergerak dilihat menaiki kerusi roda untuk ke sekolah dibantu ibu bapanya, Nurul Fathiah Noordin, 33, dan Amir Nor Hafizi Nordin, 28, serta ditemani adiknya Umar Ayyash, berusia lima tahun. "Saya seronok dapat pergi sekolah dan jumpa ramai kawan baharu.

Wanita labah-labah' lincah di angkasa

Image
  Normaliya Sidek (kiri) dan Nurul Nadirah Shamsul Liani. TIDAK ramai berani atau sanggup berada di tempat tinggi, apatah lagi jika kerja perlu tergantung dan bergayut pada tali selenggara menara setinggi bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Malah, ada yang fobia dan apabila menoleh ke bawah terasa amat gayat dan jantung bagaikan mahu gugur.   Ini belum lagi ketika sedang melakukan tugasan penyenggaraan di bangunan tinggi risiko angin kencang, guruh, kilat dan hujan lebat tiba-tiba datang menerpa. Tergantung dan bergayut pada tali selenggara menara setinggi bangunan pencakar langit seperti KLCC tugasan biasa dilakukan Normaliya.  Jika tersilap langkah risiko terjatuh dari tempat tinggi, maut mungkin datang mengundang. Namun, itu semua perasaan itu berjaya dikawal oleh dua wanita berjiwa kental ini, Normaliya Sidek, 30, dan Nurul Nadirah Shamsul Liani, 31, sehingga selayaknya dipanggil 'iron lady'yang melakukan tugasan ala 'Spide

Doa banduan wanita peluk cium anak akhirnya termakbul

Image
  ALOR SETAR – “Saya rasa bahagia sangat hari ini apabila dapat peluk anak yang sudah sembilan tahun saya ‘tinggalkan’, alhamdulillah akhirnya doa saya untuk peluk dan cium anak dimakbulkan Tuhan.” Demikian luahan seorang ­penghuni Penjara Pokok Sena yang dikenali sebagai Siti, 35, yang sedang menjalani hukuman penjara selama 30 tahun kerana terlibat dalam jenayah penculikan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961. Siti merupakan antara 20 penghuni penjara tersebut yang diberikan peluang untuk bertemu dengan anak dan keluarga masing-masing sempena Program Jalinan Kasih Ibu dan Anak peringkat penghuni wanita Penjara Pokok Sena anjuran bersama Pejabat Pengarah negeri di sini kelmarin. Menurut ibu kepada enam orang anak itu, dia bersyukur kerana dapat melepaskan rindu dengan mencium dan memeluk anak lelakinya yang kini berusia 13 tahun. “Walaupun tidak dapat berjumpa dengan semua anak, namun saya tetap berpuas hati ke­rana diberikan peluang ini ke­rana tempoh hukuman yang ­perlu saya l