Posts

Showing posts from April, 2023

Meninggal dunia pada Ramadan masih wajib bayar zakat fitrah, tapi siapa yang perlu bertanggungjawab?

Image
ZAKAT fitrah wajib dibayar oleh setiap Muslim mengikut syarat tertentu bermula Ramadan sehingga sebelum terbenamnya matahari pada 1 Syawal. UNTUK   pengetahuan, hukum membayar zakat fitrah adalah wajib ke atas Muslim dengan syarat tertentu dan tempohnya pembayarannya bermula pada bulan Ramadan sehinggalah sebelum terbenam matahari satu Syawal. Malah, setiap kali menjelangnya bulan Ramadan, pasti kelihatan kaunter-kaunter pembayaran zakat tersebut dibuka di beberapa tempat termasuk di masjid dan tapak bazaar Ramadan. Namun, bagaimana pula dengan hukum zakat fitrah ke atas orang yang telah meninggal dunia ketika bulan Ramadan, adakah ia masih wajib untuk dilaksanakan atau tidak? Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sama ada zakat fitrah perlu dibayar atau tidak bagi pihak si mati adalah bergantung kepada  dua  situasi ini. Pertama , jika seseorang itu meninggal dunia setelah terbenamnya matahari pada akhir Ramadan, maka hukum wajib zakat fitrah pada si mati tidak gugur dan perlu di

WARGA MALAYSIA AJAR FARDU AIN PERCUMA KEPADA KANAK-KANAK THAILAND

Image
  KUALA LUMPUR: Di sebalik namanya dikenali kerana sering membantu rakyat Malaysia ditimpa kecelakaan ketika mengembara di Thailand seperti nahas jalan raya, Abdul Halim Othman juga aktif mengajar ilmu fardu ain dan bahasa Melayu secara percuma kepada kanak-kanak Thailand.  Abdul Halim, 55, yang kini tinggal di Kampung Pak Bara, Wilayah Satun, Thailand selepas berkahwin dengan rakyat negara itu mula mengajar kanak-kanak berusia antara lima hingga lapan tahun sejak 12 tahun lepas di tadika Misbahuddin pada setiap hujung minggu. Beliau yang lebih dikenali Cikgu Joe Satun berkata tadika Misbahuddin yang terletak di mukim Ban Khuan itu bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin sekitar kampung itu mendapatkan pendidikan asas Islam selain memartabatkan bahasa Melayu kepada generasi muda. “Seperti sedia maklum, penduduk di Wilayah Satun yang bersempadan dengan utara Malaysia adalah majoritinya beragama Islam, berketurunan Melayu dan masih bertutur bahasa Melayu dal

Tukang jahit kerdil kalis sindiran, terima tempah untuk Syawal

Image
BUTTERWORTH: Dilahirkan sebagai insan kerdil dan pernah disindir tidak mampu pergi jauh bukan penghalang menceburi bidang perniagaan, sebaliknya menggunakan kelebihan itu untuk berjaya dalam kehidupan. Nurul Izzah Mohd Asri, 25, dengan ketinggian tubuh 117 sentimeter tetap bersyukur kekurangan dari segi fizikal, mempunyai kelebihan mempamerkan kemahirannya menjadi tukang jahit Walaupun asalnya meminati bidang masakan, tetapi percubaannya secara 'suka-suka' mempelajari asas jahitan, membawa dirinya menceburi bidang fesyen. Anak keempat daripada lima beradik itu berkata, segala-galanya bermula apabila dia bosan tidak berbuat apa-apa ketika menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada 2015. "Selepas selesai menduduki SPM, saya hanya duduk di rumah tanpa melakukan sebarang kerja. Kemudian ibu mengesyorkan mengikuti kursus menjahit kerana bidang masakan tidak begitu sesuai dengan keadaan dapur terlalu tinggi dan berbahaya untuk saya memasak. "Jadi, saya mengikut

Kisah gengster muka ganas masuk Islam, raih perhatian ramai termasuk Ustaz Ebit

Image
  USTAZ Ebit bersama Muhammad Mikhael Sathayah dan ibunya. Kisah gengster muka ganas masuk Islam, raih perhatian ramai termasuk Ustaz Ebit… TULAR  satu video seorang lelaki yang menceritakan bagaimana dia disapa hidayah ALLAH selepas bertahun-tahun hidup mencari ketenangan jiwa. Penampilannya seperti samseng, sentiasa memakai singlet dan berjambang, Muhammad Mikhael Sathayah berkongsi kisah hijrahnya memeluk Islam menerusi video pada TikTok. Lebih mengharukan apabila ibunya juga bersetuju dan menghormati keputusan Muhammad Mikhael untuk memeluk agama Islam walaupun pelbagai tomahan dan kecaman yang diterima. Lelaki berbangsa India itu menceritakan momen tersebut dengan menggunakan bait-bait bahasa Melayu hingga menyentuh perasaan orang ramai. Selepas tularnya video berkenaan, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew turut berkesempatan berjumpa dengan Mikhael menerusi satu perkongsian di laman media sosialnya. “Terharu sebak masa dengar kisah di TikTok muka gangster tentang kasih sayangnya bers

1,000 peket kuih RM1 licin dalam tempoh dua jam setiap hari

Image
  KOTA BHARU - Seorang peniaga kuih bersama empat anak perempuannya tidak menyangka lebih 1,000 peket kuih-muih yang dijual dengan harga RM1 licin dalam masa dua jam setiap hari di Kampung Tanjong Baru, Taman Buaya di sini. Siti Maimunah Deraman, 65, berkata, walaupun berdepan kenaikan harga bahan mentah seperti telur, gula, tepung, beras pulut dan lain-lain, namun ia bukan halangan buat mereka menjual dengan harga tersebut. "Kami beli bahan-bahan mentah secara pukal, jadi ia boleh menjimatkan kos perbelanjaan. "Walaupun untung sedikit, yang paling menggembirakan apabila melihat ramai yang boleh menikmati aneka jenis kuih-muih untuk berbuka puasa," katanya kepada pemberita. Menurutnya, peningkatan kos sara hidup menyebabkan ramai yang terkesan sehingga berkira untuk berbelanja. Empat anak perempuan Siti Maimunah menunjukkan sebahagian daripada 1,000 peket kuih-muih yang dijual dengan harga RM1. Siti Maimunah turut berharap dengan lebih 20 jenis kuih-muih yang dibuat seca