Kisah gengster muka ganas masuk Islam, raih perhatian ramai termasuk Ustaz Ebit

 

USTAZ Ebit bersama Muhammad Mikhael Sathayah dan ibunya.

Kisah gengster muka ganas masuk Islam, raih perhatian ramai termasuk Ustaz Ebit…

TULAR satu video seorang lelaki yang menceritakan bagaimana dia disapa hidayah ALLAH selepas bertahun-tahun hidup mencari ketenangan jiwa.

Penampilannya seperti samseng, sentiasa memakai singlet dan berjambang, Muhammad Mikhael Sathayah berkongsi kisah hijrahnya memeluk Islam menerusi video pada TikTok.

Lebih mengharukan apabila ibunya juga bersetuju dan menghormati keputusan Muhammad Mikhael untuk memeluk agama Islam walaupun pelbagai tomahan dan kecaman yang diterima.

Lelaki berbangsa India itu menceritakan momen tersebut dengan menggunakan bait-bait bahasa Melayu hingga menyentuh perasaan orang ramai.

Selepas tularnya video berkenaan, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew turut berkesempatan berjumpa dengan Mikhael menerusi satu perkongsian di laman media sosialnya.

“Terharu sebak masa dengar kisah di TikTok muka gangster tentang kasih sayangnya bersama ibunya walau setelah anaknya masuk Islam. Kebaikan ibunya. Muka gengster anak mak. Sentiasa menjaga ibunya. Betapa ibunya menyayanginya.

Ustaz Ebit Lew turut berkesempatan berjumpa dengan Mikhael selepas tular video perjalanan hijrahnya memeluk Islam.

“Dekat Ramadan ini. Makin kuat rindu mak ayah. Buat yang masih ada mak ayah hargailah dan sayangilah. Buat yang dah pergi doakanlah buat mereka. Tadi maknya kata pada saya, ustaz jangan sedih saya macam mak ustaz. Sedih pula rasanya. Rindunya arwah mak ayah.

“Mikhael terharu dapat berjumpa. Ulang kali cakap saya pendosa dapat jumpa ustaz. Saya pun orang biasa dan berdosa. Kita sama-sama perbaiki diri dan doa dapat Reda ALLAH,” tulis Ebit.

Berpuasa sepanjang tahun sejak masuk Islam 

Dalam pada itu, dia turut berharap dan berdoa supaya kekal istiqamah di atas jalan ALLAH selain memohon orang ramai mendoakan ibunya.

Dia juga turut berkongsi kisahnya yang berpuasa sepanjang tahun sejak masuk Islam.

Ujarnya, banyak sangat dosa sampai saya berpuasa sepanjang tahun, walaupun Islam larang. Saya puasa 360 hari (kecuali) raya Aidilfitri dan raya haji. Hari-hari lain saya puasa, saya nak hilangkan dosa. Sampaikan saya sakit, Islam melarang paksa puasa.

“Mak saya baik sentiasa bersama saya, walaupun kami berlainan agama. Saya sayang mak saya dan mak saya sayang saya. Hidayah milik ALLAH, terima kasih semua, inilah kisah saya,” katanya.

Sementara itu, ruangan komen milik TikTok lelaki tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi positif dan rata-ratanya tersentuh dengan perkongsian penghijrahannya.

“Tersentuh hati dengar kisah abang. Tahniah abang, bukan semua dapat hidayah daripada ALLAH dan diterima. Mak abang memang terbaik,” kata Ana Melina.

“Video awak sangat menyentuh hati, jiwa dan nurani. Itulah hidayah yang ALLAH nak bagi. Semoga sentiasa istiqamah saudara baruku,” komen EmmaLambongStore.

Sebelum ini, pemuda tersebut sering tular di aplikasi Tiktok memaparkan video kandungan manja bersama ibunya.


Comments

Popular posts from this blog

Musim panas rezeki berganda buat kaki pancing

‘Anak mak’ jatuh air mata saat jejak Universiti Oxford, dulu mohon tak dapat - “Saya dahulukan kebajikan mak ayah”

Tak ramai wanita Melayu, jadi pengajar selam skuba