Sabella hadiah 20,000 baju kurung kepada guru di seluruh negara

     KUALA LUMPUR: Jenama pakaian, Sabella menghadiahkan 20,000 baju kurung bernilai         RM1.2 juta kepada guru di seluruh negara, sempena sambutan Hari Guru yang diraikan         hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Sufian Sulaiman, berkata sumbangan itu menerusi kempen #SabellaSrikandi bertujuan menghargai pengorbanan guru yang dianggap sebagai wira perlu dikenang jasa mereka.

"Alhamdulillah, menerusi kempen ini kami berjaya mengedarkan sebanyak 20,000 helai baju melalui platform website Sabella.

"Kami juga menerjah lebih 15 sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk menghadiahkan baju kurung," katanya.

Beliau berkata, kempen yang dijayakan itu juga sebagai tanda penghargaan mereka kepada guru yang mana ramai antara mereka adalah pelanggan setia Sabella.

Katanya, hadiah yang diberikan itu diharap dapat menggembirakan para guru yang bertuah.

"Mungkin hadiah ini tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan jasa mereka mendidik anak bangsa kita.

"Cuma apa yang diharapkan adalah hadiah baju kurung ini dapat menceriakan lagi hari mereka," katanya.

Mohd Sufian berkata, menerusi kempen yang dijalankan itu, jelas terpancar wajah kegembiraan ketika pihaknya turun padang menyampaikan hadiah.

Berhasrat meneruskan kempen

Katanya, melihatkan sambutan yang ditunjukkan, beliau berhasrat meneruskan kempen sedemikian di masa akan datang.

"Selain merancang meneruskan kempen ini, Sabella juga merancang meneruskan tradisi sama, namun pada kempen lain pula," katanya.

Terdahulu, selebriti terkenal Izzue Islam turut sama bagi membuat penyerahan hadiah baju kurung Sabella serta meluangkan masa beramah mesra bersama guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 Shah Alam, hari ini.


Antara guru SMK Teluk Panglima Garang menerima baju kurung dihadiahkan bagi menghargai pengorbanan guru dan mengenang jasa warga pendidik.





Comments

Popular posts from this blog

Musim panas rezeki berganda buat kaki pancing

‘Anak mak’ jatuh air mata saat jejak Universiti Oxford, dulu mohon tak dapat - “Saya dahulukan kebajikan mak ayah”

Tak ramai wanita Melayu, jadi pengajar selam skuba