Suka berswafoto beri inspirasi hasilkan karya catan

 TANJUNG MALIM: Gaya hidup bekas pelajar yang suka berswafoto mencetus ekspresi guru Seni Visual, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Zulkifli Mohamad untuk menghasilkan karya catan yang sedang dipamerkan di Galeri Seni Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, di sini.

Zarina Abdullah ,42, menjadikan tema ' Bring Happennis' berukuran panjang 122 sentimeter (sm) dan lebar 153 sm dihasilkan dengan media campuran dan kanvas dipamerkan sempena Pameran Seni Visual Hari Guru 2023 sehingga Jumaat ini di universiti berkenaan.

Zarina berkata, catan itu adalah hasil ekspresi dia sendiri berdasarkan pengalaman bekas dua pelajar sekolah terbabit yang suka berswafoto pada masa senggang.


Zarina bersama karya catan bertajuk ' Bring Happennis' sempena Pameran Seni Visual di Galeri Seni UPSI. 


Katanya, kegembiraan pelajar terbabit diterjemahkan melalui karya catan dengan reaksi wajah bekas pelajar yang kelihatan gembira ketika melakukan aktiviti terbabit.

"Pakaian kain satin yang dipakaikan bekas pelajar dalam karya catan terbabit menjadi metafora bagi melambangkan kelembutan jiwa seorang perempuan.

"Saya mengambil tiga bulan untuk menyiapkan karya catan itu dan saya berasa gembira dapat mengekpresi perasaan bekas pelajar melalui karya terbabit," katanya.

Selain sebagai guru Seni Visual Tingkatan Enam, dia juga pelukis profesional sambilan yang diusahakan pada masa senggang.

Malah, dorongan dan motivasi suaminya, Abdul Rahim Abdul Jabbar, 46, juga guru Seni Visual Tingkatan Enam di SMK Proton City menjadi pembakar semangat menghasilkan karya seni berkenaan.

Hasil karya catan tidaklah semudah seperti dilihat pengunjung di pameran terbabit.

Katanya, di samping memerlukan tempoh agak panjang menyiapkan ,dia juga perlu menghayati perasaan bekas pelajar sebelum mengekpresi dalam bentuk karya catan.

"Karya ini sungguh bermakna kepada saya sebagai pendidik dan menjadi kenangan bersama mereka ketika di sekolah itu.

"Walaupun karya seni itu untuk dijual, kenangan bersama mereka tetap akan terpahat dan tidak akan terpadam dalam kehidupan sebagai pendidik," katanya.

Jadi tidak hairanlah karya seni itu menjadi tumpuan peminat seni dalam pameran terbabit.


Comments

Popular posts from this blog

Musim panas rezeki berganda buat kaki pancing

‘Anak mak’ jatuh air mata saat jejak Universiti Oxford, dulu mohon tak dapat - “Saya dahulukan kebajikan mak ayah”

Tak ramai wanita Melayu, jadi pengajar selam skuba