Posts

Showing posts from May, 2023

Joki wanita termuda 33 kali jatuh kuda, dipijak ketika latihan

Image
  Isabelle bersama salah seekor kuda miliknya, ILS Polo Racing Equestrian Tambalang, RSTC Tuaran. - NSTP/ Recquel Raimi      TUARAN: Anak jati kelahiran Sabah, Isabelle Lonjuing Sayeed, sekali lagi mengharumkan           nama negara apabila mencipta rekod sebagai joki wanita pertama dan termuda dalam                sukan lumba kuda di Malaysia. Sebelum ini, remaja kelahiran Penampang, Sabah itu mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai kapten polo termuda di Asia Tenggara pada 2021 menerusi catatan rekod Academy Polo Kuala Lumpur. Malahan, Isabelle yang kini berusia 16 tahun pernah menerima lesen pelatih profesional dan Stable Agent pada 2020 daripada Royal Sabah Turf Club (RSTC), sekali gus menjadi pelatih serta penunggang kuda termuda di dunia ketika itu. Isabella (tengah) menerima piala selepas menang dalam perlumbaan kuda di Royal Sabah Turf Club (RSTC), Tuaran. Demi minat mendalam dan mahu mengetengahkan sukan lumba kuda di tanah kelahiran, Isabelle terus mempergiat usahanya untu

Bahulu panas sabut kelapa Sitam Rembau jadi sebutan

Image
ZAMAN telah pun berubah. Kini segala peralatan memasak sudah pun moden. Ketuhar elektrik memudahkan kerja membakar kuih dan kek termasuk bahulu. Masukkan adunan dalam ketuhar elektrik tetapkan masa dan bila bahulu masak peralatan akan berhenti. Namun apa yang tidak dapat diganti oleh peralatan dapur moden adalah rasa asap dan salai pada bahulu tersebut yang menghasilkan aroma wangi. Malah peralatan moden juga tidak mampu menggantikan keenakan rasa bahulu yang dimasak menggunakan acuan tembaga dan dibakar menggunakan api dari kayu getah dan bara sabut kelapa. Itulah yang dilakukan oleh Hamsyidar Yunus, 39 dan suaminya, Rizal Mohamed, 46 serta adik mereka, Hamsyinar Yunus, 34 di Kampung Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan. Mereka mengusahakan bahulu sabut warisan Sitam sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Bahulu menjadi tular Hamsyidar memberitahu bahulu bakar Sitam menjadi popular apabila mendapat perkongsian di media sosial.  Ramai yang datang ke rumah mereka sema

Berhenti kerja demi tumpu jaga anak autisme

Image
KUALA LUMPUR: Melepaskan kerjaya yang diidamkan sejak sekian lama untuk menjaga anak kurang upaya, bukanlah satu pengorbanan tetapi dianggap demi tanggungjawab besar perlu dilangsaikan sebagai ibu.   Bekas pensyarah kejuruteraan awam, Nurul Ain Osman, 45, berkata dia berhenti kerja pada 2010 selepas anak tunggalnya, Muhammad Eshan Ghazi Norhamidi, yang kini berusia 14 tahun, dikesan menghidap autism. Nurul Ain bersama suami sentiasa memberi sokongan dan tumpuan memastikan perkembangan Muhammad Eshan dalam keadaan baik. Pada mulanya dia tidak perasaan sebarang perubahan pada anaknya, sebaliknya disedari oleh ibunya. "Ketika berumur satu tahun, ibu memberitahu tindak balas anak saya agak lambat berbanding usianya ketika itu selain tidak pernah merangkak langsung tetapi terus duduk dan berdiri. "Kemudian saya mencari maklumat di internet untuk mengetahui simptom autism," katanya. Nurul Ain dari Cheras berkata, ketika anak berusia dua tahun, dia membawanya ke sebuah pusat pe

Rasai pengalaman berada di bilik bersalin

Image
           KUALA LUMPUR: Muzium Negara menyasarkan seramai 30,000 pelawat bakal                             mengunjungi Pameran Bidan sepanjang tempoh tiga bulan yang sedang berlangsung di              Galeri 1 di muzium itu bermula 1 Mei lalu sehingga 31 Julai depan. Pengarah Muzium Negara, Zamrul Amri Zakaria berkata Pameran Bidan ini diadakan sempena meraikan Hari Bidan Sedunia yang jatuh pada tanggal 5 Mei, selain Hari Jururawat Sedunia, pada 12 Mei lalu. Katanya, bidan dan jururawat mempunyai signifikan, selain banyak menyumbang kepada komuniti. Pameran ini dilaksanakan susulan daripada kejayaan program pameran sebelumnya bertemakan Pameran Evolusi Baju Seragam Jururawat 2022 yang mendapat sambutan sangat baik dengan lebih 25,000 pelawat hadir. Katanya, objektif Pameran Bidan untuk mengetengahkan kembali fungsi bidan suatu masa dahulu, selain menghargai peranan bidan tradisional atau bidan kampung dan bidan moden dalam institusi kesihatan. "Pengunjung dapat lihat sendiri bag

Sabella hadiah 20,000 baju kurung kepada guru di seluruh negara

Image
       KUALA LUMPUR: Jenama pakaian, Sabella menghadiahkan 20,000 baju kurung bernilai           RM1.2 juta kepada guru di seluruh negara, sempena sambutan Hari Guru yang diraikan           hari ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Sufian Sulaiman, berkata sumbangan itu menerusi kempen #SabellaSrikandi bertujuan menghargai pengorbanan guru yang dianggap sebagai wira perlu dikenang jasa mereka. "Alhamdulillah, menerusi kempen ini kami berjaya mengedarkan sebanyak 20,000 helai baju melalui platform website Sabella. "Kami juga menerjah lebih 15 sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur untuk menghadiahkan baju kurung," katanya. Beliau berkata, kempen yang dijayakan itu juga sebagai tanda penghargaan mereka kepada guru yang mana ramai antara mereka adalah pelanggan setia Sabella. Katanya, hadiah yang diberikan itu diharap dapat menggembirakan para guru yang bertuah. "Mungkin hadiah ini tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan jasa mereka mendidik anak bangsa kita. &

Buah gajus, sayur dan buah-buahan hadiah istimewa murid kepada guru

Image
          KUALA TERENGGANU: Buah gajus atau jambu golok, sayur-sayuran dan buah-buahan              antara hadiah teristimewa murid kepada guru sempena sambutan hari guru ke-52, di                   Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1, hari ini. Beberapa guru teruja dan terkejut apabila murid menghadiahkan bakul mengandungi buah gajus, sayur-sayuran serta buah-buahan ketika berada di bilik guru hari ini. Murid tahun lima, Muhammad Harith Mohammad Erman, berkata dia memetik buah gajus ditanam keluarga di halaman rumahnya untuk dihadiahkan kepada guru bahasa Inggeris, Dr Estee Quek Soh Theng. Katanya, dia dan rakannya, Muhammad Rafiq Qaiser Abdul Roafar, mengambil masa lebih setengah jam memetik buah gajus untuk dihadiahkan kepada Soh Theng. "Walaupun tubuh gatal digigit kerengga, kami berpuas hati dapat menghadiahkan buah gajus kepada Soh Theng sempena sambutan Hari Guru, hari ini. "Kami juga berkongsi duit sebanyak RM2.50 seorang untuk membeli bekas bagi meletakkan buah

Program BFBL bantu bina kerjaya pendandan rambut

Image
KUALA LUMPUR: Kehilangan pekerjaan satu 'mimpi ngeri' buat setiap individu, apatah lagi pada saat dunia dilanda krisis kesihatan global ekoran penularan wabak COVID-19, sebelum ini yang menyebabkan 140,608 orang hilang pekerjaan di negara ini. Tidak terkecuali, Siti Fatihah Hashim, 30, antara insan yang berdepan situasi getir itu apabila perancangannya bekerja dalam bidang perhotelan terpaksa ditangguhkan. Tambah menyedihkan,  bukan saja diberhentikan kerja, namun wang simpanan yang dikumpul sepanjang bekerja habis digunakan bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Enggan membiarkan diri terus dihimpit kesusahan, Siti Fatihah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Benta, Pahang dan menjaga orang tua dan melakukan kerja-kerja kampung demi kelangsungan hidup. Menganggap tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai hikmah di sebalik nasib malang menimpanya itu, Siti Fatihah bangkit semula selepas menyertai program Beauty for