Posts

Showing posts from June, 2023

Berhutang untuk buat korban, adakah Islam setuju?

Image
  KETAHUI pandangan Islam apabila berhutang untuk buat korban Berhutang untuk buat korban, adakah Islam setuju? PERASAN  atau tidak, banyak promosi ibadah korban dan akikah secara ansuran yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. Barangkali ia sebagai suatu galakan untuk lebih ramai umat Islam melaksanakan ibadah berkenaan. Tambahan pula, apabila dibayar secara beransur-ansur pasti tidak begitu membebankan kita. Berbanding dengan mengeluarkan segepuk wang, sudah tentu hanya yang benar-benar berduit sahaja mampu berbuat demikian. Cuma jika ibadah korban dan akikah dibuat secara bayaran sedikit demi sedikit, ada persoalan lain timbul. Bolehkah seseorang berhutang bagi mengerjakan ibadah korban atau akikah? Bagaimana pula dengan status ibadah yang dilakukan itu? Sebelum menjawab persoalan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terlebih dahulu menghuraikan perihal hukum mengerjakan ibadah korban dan akikah. TIDAK digalakkan berhutang untuk buat korban. Sebaliknya, ibadah itu amat digalakk

Tak ramai wanita Melayu, jadi pengajar selam skuba

Image
  Nur Sabrina menjadi pengajar selam skuba pada 2017 ketika berusia 19 tahun selepas memperoleh lesen menyelam peringkat Divemaster. KUALA LUMPUR: Untuk bergelar pengajar selam skuba bukanlah sesuatu yang mudah kerana seseorang itu perlu mengharungi pelbagai latihan dan ujian mencabar. Namun, bagi si kecil molek berketinggian 157 sentimeter Nur Sabrina Mohmad Fuad, 25, ia bukan halangan untuknya menceburi profesion itu yang didominasi kaum Adam dan warga asing. Berkongsi pengalamannya, gadis berhijab berasal dari Perak itu, berkata beliau mula menjadi pengajar selam skuba pada 2017 ketika berusia 19 tahun iaitu selepas memperoleh lesen menyelam peringkat Divemaster. "Perjalanan ini tidak dirancang, ia bermula ketika saya menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ibu bapa saya tawarkan kepada saya untuk tinggal di Pulau Perhentian bagi mengikuti latihan selam skuba peringkat Divemaster," katanya yang kini mengajar di sebuah operator menyelam di Pulau Perhentian. Nur S

'Guru rimba' sukarela bantu pelajar tercicir

Image
  Kebanyakan ibu bapa Orang Asli tidak mahu menghantar anak mereka yang masih kecil ke SK Kuala Betis kerana jaraknya jauh dari Pos Gob.  GUA MUSANG: Dua wanita Orang Asli suku kaum Temiar gigih mengajar anak komuniti Orang Asli Pos Gob, di Gua Musang, Kelantan yang tercicir kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran di sekolah arus perdana sejak enam tahun lalu. Malina Jasmin, 35, dan Norazsikin Azmi, 28, mengajar seramai 25 orang kanak-kanak berusia antara 4 hingga 9 tahun di Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob yang ditubuhkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama CIMB Islamic. Malina berkata, kebanyakan ibu bapa Orang Asli tidak mahu menghantar anak mereka yang masih kecil ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis kerana jaraknya jauh dari Pos Gob. Katanya, disebabkan itu pihak UKM bersama CIMB Islamic telah menubuhkan sebuah Pusat Pendidikan Komuniti untuk membantu kanak-kanak Orang Asli mendapat pendidikan awal sebelum diserapkan ke sekolah aliran utama. "Lepas habis be

Belum bersara sudah dapat hasil RM10,000 sebulan

Image
  Noor Ahmad (kiri) menerima Sijil Latihan Peralihan Perhebat pada Rabu. (Kanan: Noor Ahmad turut menceburi bidang perladangan kelapa sawit.) KOTA BHARU - Seorang anggota tentera meraih pendapatan lumayan sekitar RM10,000 sebulan selepas menceburi bidang penternakan ikan, hartanah dan perladangan kelapa sawit sebagai persediaan berdepan persaraan tidak lama lagi. Sarjan Noor Ahmad Hasan, 47, berkata, langkah berani beralih bidang-bidang baharu buatnya itu dilakukan bagi memastikan kelangsungan ekonomi keluarga apabila tamat tempoh perkhidmatannya bermula Oktober ini. Menurut bapa tiga anak itu, persediaan ilmu pengetahuan dan kemahiran secara teori sudah dibuat lebih awal iaitu dalam tempoh lima tahun sebelum tarikh bersara ketika masih dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Saya mengambil peluang mengikuti pelbagai kursus pada waktu cuti dan mula membina beberapa lot rumah pada 2015 seterusnya menaman pokok sawit pada 2018. “Saya berusaha mengembangkan lagi perusahaan un

Puluhan tahun menabung, 4 sahabat teruja pertama kali tunai haji

Image
  Amalan menabung dari kecil serta sokongan keluarga dan kawan amat memudahkan urusan Nurul Nadira Liew, Aleena Chang Abdullah, Masturina Maryam Wong Faizal, dan Nur Liyana Beck Abdullah. (Dari kiri) Masturina Maryam Wong Faizal bersama-sama Nurul Nadira Liew, Nur Liyana Beck Abdullah, dan Aleena Chang Abdullah ditemui FMT di KLIA sebelum berlepas ke Tanah Suci. PETALING JAYA: Menjejak kaki ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji menjadi impian umat Islam seluruh dunia, termasuk empat sahabat yang menabung berpuluh tahun untuk rukun Islam kelima itu. Nurul Nadira Liew bersama-sama Aleena Chang Abdullah, Masturina Maryam Wong Faizal, dan Nur Liyana Beck Abdullah, menzahirkan rasa terharu apabila terpilih menjadi ‘tetamu Allah’ tahun ini. “Sebelum ini tak pernah juga pergi umrah. Hati rasa berdebar sebab susah nak bayang Kaabah depan mata,” kata Nadira, yang mendaftar untuk ibadat haji pada 2012. “Bila nama saya naik untuk pergi haji tahun ini saya rasa syukur sangat sebab tak s

Lohong hitam raksasa semarakkan nama saintis astronomi Malaysia

Image
  Nur Adlyka Ainul bersama penyelianya yang juga Ketua Astronomi Universiti Durnam, Prof David Alexander.        KUALA LUMPUR: Pernah ditegah ibu bapanya supaya menghentikan pengajian dalam                bidang astronomi kerana bimbang tiada pekerjaan pada masa depan, namun keterujaan           terhadap keunikan dunia planet dan alam membuatkan wanita ini bertekad terus belajar           hingga tamat. Ternyata, kebimbangan ibu bapanya tidak benar, apabila Prof Madya Dr Nur Adlyka Ainul Annuar, 33, sudah mengharumkan Malaysia di persada dunia pada 2017 sebagai ahli astrofizik seperti diidamkan. Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menempa nama di peringkat antarabangsa. Namanya menjadi bualan ramai apabila berjaya menemui Supermassive Black Holes (lohong hitam supermasif atau raksasa) di galaksi NGC 1448 ketika membuat kajian berkaitannya semasa menuntut ijazah kedoktoran (PhD) dalam

Kasih bapa demi anak syurga

Image
  Wira sering membawa Nur Wadihan menyertai acara berbasikal.      'Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa'. Itulah menggambarkan                eratnya hubungan anak dengan orang tuanya. Ingin mengabadikan sebanyak mungkin detik indah bersama anak istimewa, membuatkan seorang bapa mengenepikan penat-lelah dalam apa juga keadaan termasuk membawa anak berekreasi dengan berbasikal ke merata tempat. Ini kerana, Wira Sudepja Rabu, 48, mendapati anaknya Nur Wadihan, 15, yang menghidap Cerebral palsy sejak dilahirkan menggemari aktiviti itu sejak diperkenalkan pada usia enam tahun. Tahun lalu, Wira sudah membawa anak kedua daripada dua beradik itu berbasikal di tujuh bukit yang mempunyai trek laluan berbasikal. Wira mahu mengabadikan detik indah Nur Wadihan yang menghidap Celebral palsy sejak lahir dengan menumpukan sepenuh perhatian beri kehidupan sempurna Tujuh bukit itu ialah Bukit Fraser, Pahang; Bukit Miku, Negeri Sembilan; Bukit Sungai Como, Terengganu; Wang Kel

Suka berswafoto beri inspirasi hasilkan karya catan

Image
  TANJUNG MALIM: Gaya hidup bekas pelajar yang suka berswafoto mencetus ekspresi guru Seni Visual, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Zulkifli Mohamad untuk menghasilkan karya catan yang sedang dipamerkan di Galeri Seni Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, di sini. Zarina Abdullah ,42, menjadikan tema ' Bring Happennis' berukuran panjang 122 sentimeter (sm) dan lebar 153 sm dihasilkan dengan media campuran dan kanvas dipamerkan sempena Pameran Seni Visual Hari Guru 2023 sehingga Jumaat ini di universiti berkenaan. Zarina berkata, catan itu adalah hasil ekspresi dia sendiri berdasarkan pengalaman bekas dua pelajar sekolah terbabit yang suka berswafoto pada masa senggang. Zarina bersama karya catan bertajuk ' Bring Happennis' sempena Pameran Seni Visual di Galeri Seni UPSI.  Katanya, kegembiraan pelajar terbabit diterjemahkan melalui karya catan dengan reaksi wajah bekas pelajar yang kelihatan gembira ketika melakukan aktiviti te

Gadis keturunan Siam harumkan UUM, bakal ke China sebagai ganjaran

Image
  Kemahiran menguasai Bahasa Mandarin memberi kelebihan kepada gadis keturunan Siam, Nud Cha Lin Verak untuk muncul naib johan pada Pertandingan The 22nd Chinese-Bridge Chinese Language Proficiency Competition for Malaysian Universities Students di Institut Kong Zi, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. Nud Cha muncul naib johan pada Pertandingan The 22nd Chinese-Bridge Chinese Language Proficiency Competition for Malaysian Universities Students baru-baru ini. Merupakan mahasiswa Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dan Pentadbiran Perniagaan (Logistik dan Pengangkutan), Universiti Utara Malaysia (UUM), Nud Cha berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM350, trofi dan cenderamata. Menerusi kemenangan itu juga, Nud Cha berpeluang melawat negara China bagi menyaksikan pusingan akhir Pertandingan The 22nd Chinese-Bridge Chinese Language Proficiency Competition for Malaysian Universities Students di Hunan, China, September depan. Menurut Nud Cha, kemenangan dalam pertandi

Inspirasi! Ummi Annur Syahmina wanita berhijab pertama Malaysia sertai Akademi Tentera Udara AS

Image
  Inspirasi! Ummi Annur Syahmina wanita berhijab pertama Malaysia sertai Akademi Tentera Udara AS UMMI  Annur Syahmina Sohaini, 20, antara 15 yang terpilih dari 89 buah negara bagi mendapat tempat di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Colorado Springs, Colorado. Lebih membanggakan beliau adalah kadet wanita berhijab pertama Malaysia itu diterima masuk ke akademi ketenteraan berprestij di AS tahun ini. Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berusia 20 tahun itu mahu menjadi contoh terbaik bagi seorang beliau wanita Islam yang patriotik dalam mencapai cita-cita hidupnya. “SAYA TERKEJUT APABILA MENGETAHUI BAHAWA SAYA ADALAH WANITA BERHIJAB PERTAMA DARI MALAYSIA YANG TERPILIH NAMUN DI SINILAH SAYA SANGAT PERCAYA ADA KEPERLUAN UNTUK SAYA MENUNJUKKAN CONTOH TERBAIK SEBAGAI SEORANG WANITA MUSLIM YANG MUDA DAN PATRIOTIK. “Ini adalah laluan yang saya sudah jangka dan pilih dan saya bersedia untuk memulakan pengembaraan dengan sepenuh hati. “Saya benar-benar berbangga